Salam.
Tahniah buat anak-anak pelajar calon SPM 2011 yang beroleh kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang diumumkan pada 21/3/2012. Bersyukurlah kerana diizinkan olehNya untuk mengecapi kejayaan itu. Kepada yang kurang berjaya usah putus asa kerana ianya bukan penentu kejayaan pada masa akan datang. Peluang masih terbuka luas untuk anda ceburi kerana kejayaan dalam akademik bukanlah satu-satunya jalan menuju kejayaan dalam hidup. Anda boleh memilih bidang lain yang setara dengan keputusan yang diperolehi. Apa yang penting kemahuan dan iltizam untuk meningkat dan memperbaiki kelemahan diri.
kepada yang berjaya usahlah mendabik dada, kerana itu juga merupakan ujian dariNya untuk menguji keimanan kita. Justeru itu bersyukurlah...lakukan sujud syukur sebagai menghargai anugerah yang diberikan kepada kita. Ingatlah sekali kita berjaya tidak semestinya akan terus berjaya, juga sekali gagal bukan bermakna akan terus gagal. Teruskan perjuangan. Sesungguhnya perjalanan anda masih jauh dan penuh berliku. Semoga anda semua diberi petunjuk dan hidayah dan dapat melayari kehidupan sejajar dengan tuntuan agama dan sentiasa di dalam keberkatan Ilahi....
No comments:
Post a Comment