Saturday, March 3, 2012

Bila isteri beralih arah

Salam. 

Tertarik membaca satu rencana dalam MM hari Ahad baru2 ini. Tajuknya " Bila isteri beralih arah"
Sememangnya gejala itu sangat berleluasa kini terutamanya di tempat kerja. Bagaimana seorang isteri boleh melupakan status sebagai isteri orang apabila keluar dari rumah dan seorang suami lupa pada hakikat yang ia telah beristeri dan mempunyai keluarga yang perlu diberi perhatian. Tipisnya keimanan manusia zaman ini sehingga sanggup melayan lelaki lain dan juga melayan isteri orang apabila ditempat kerja lebih dari batasan seorang kawan. Sering kita dengar dan baca menerusi akhbar tentang skandal di antara rakan sepejabat atau rakan setugas sehingga meruntuhkan sebuah rumahtangga yang dibina sekian lama.

Walaupun sering dikatakan orang perempuan amat mudah untuk masuk ke syurga, tapi kenapa golongan ini juga yang dikatakan paling ramai menjadi penghuni neraka?. Inilah salah satu puncanya. Seorang isteri jika menjaga batasannya akan selamat dunia dan akhirat. Tetapi mengapa ianya sukar untuk dipraktikkan oleh perempuan bernama isteri. Bermula dengan luahan rasa tidak puas hati terhadap pasangan kepada orang yang salah, ianya berlarutan menjadi hubungan terlarang. Lelaki mana yang tidak menyambar peluang di hadapan mata jika iman di dada setipis kulit bawang? Lantas mereka sama2 hanyut dalam alam ciptaan mereka dengan melupakan tanggungjawab sebagai isteri dan juga sebagai suami. Lupa kepada segala pengorbanan isteri dan suami di rumah begitu juga anak2 yang merupakan amanah Allah turut terabai dan yang lebih parah sanggup menipu pasangan masing2 dengan pelbagai alasan yang direkacipta.  Sememangnya tuntutan kerja seharian di pejabat atau di tempat kerja menjadi salah satu punca yang mendorong kepada masalah ini, kerana masa bersama dengan rakan setugas melebihi waktu bersama isteri dan anak2 di rumah. Namun jika kita mempunyai keimanan yang teguh, bekerja dengan niat yang betul hanya kerana Allah semua perkara buruk akan dapat dielakkan. Datanglah godaan sehebat manapun....tidak berjaya memesongkan pegangan.

Wahai perempuan bergelar isteri...
Belajarlah untuk menghargai apa yang telah menjadi ketentuan untuk diri kita. Berlagak sebagai orang bujang di tempat kerja dengan menjalin hubungan terlarang hanya menelanjangkan betapa tidak bermoralnya diri, betapa rendahnya mertabat diri dan betapa diri jauh dari hukum hakam agama. Bertaubatlah sementara pintu taubat masih terbuka. Ingatlah banyak hati yang telah dilukai. Dan ingat juga akan hukum alam. Apa yang kita perbuat kepada orang lain pada hari ini, tidak mustahil akan menimpa diri suatu waktu nanti.....hukum alam selalunya BENAR......

Sekian untuk kali ini. Renung2kan dan bermuhasabahlah kerana hidup kita tidak akan menunjang langit dan mati itu pasti. Sementara masih dipinjamkan nyawa pada jasad hindarilah perkara yang membawa kemusnahan pada diri dan juga orang lain......

No comments:

Post a Comment