Thursday, October 20, 2011
Mawar Jingga: Pembunuh zaman moden kembali
Mawar Jingga: Pembunuh zaman moden kembali: Salam... Setelah sekian lama berita ini menyepi, mutaakhir ini kembali menempati di ruang surat khabar. Apa nak jadi dengan anak bangsaku?...
Pembunuh zaman moden kembali
Salam...
Setelah sekian lama berita ini menyepi, mutaakhir ini kembali menempati di ruang surat khabar. Apa nak jadi dengan anak bangsaku?...adakah salah ibu yang mengandung?? atau terkurang cikgu yang mengajar?? Berita yang terpampang di dada akhbar begitu menghiris perasaan. Sudah begitu parahkan hilangnya sifat kemanusiaan di kalangan umat manusia terutamanya remaja Islam pada hari ini?
sedangkan haiwan menyayangi anaknya...mengapa ada antara manusia yang begitu sadis membunuh zuriatnya???...Tidak dapat hendak digambar dengan perasaan betapa kejamnya perlakuan seorang ibu(yang sebenarnya belum layak menjadi ibu) menamatkan riwayat zuriat yang dilahirkan, yang tidak diinginkan kehadirannya....Inilah yang dikatakan berani buat tapi tak berani menanggung risiko....
Oleh itu wahai remaja sekalian...
Dekatlah diri dengan Allah SWT..
jauhilah segala laranganNYa..
Lakukanlah segala suruhanNya..
Kembalilah kepada pegangan agama yang suci
yang sentiasa memelihara kesejahteraan umatnya..
Sekali tersilap langkah
Berpalinglah ke jalan yang benar
meskipun dipenuhi ranjau yang menyakitkan
di situ ada kemanisannya
Usahlah mudah terpedaya dengan hasutan dan bisikan syaitan
yang sentiasa menunggu peluang untuk menghancurkan keimanan
apa lagi kerja mereka
bukankah itu sumpah mereka sejak azali?
Mengapa begitu mudah hati mencair
mendengar bisikan jantan durjana
Di mana mereka tatkala kalian bergelut dengan keaiban dan kesakitan?
Tentunya sedang enak menabur janji baru
kepada gadis lain yang masih mekar meranum..
Usahlah dicalit arang ke muka orang tua
fikirkan bagaimana perasaan mereka
hargailah segala pengorbanan mereka untuk membesarkan kalian
alangkah kecewanya mereka
baru sahaja menginjak remaja, kalian telah tersasar dari jalan lurus
kalian memilih jalan singkat dengan memusnahkan diri
menjatuhkan maruah diri dan keluarga juga umat Islam seluruhnya
kepada ibu bapa..
Tingkatkan kecaknaan terhadap anak-anak
tidak adakah sekelumit kerisauan
andai menjelang waktu maghrib anak-anak belum ada di rumah?
mengapa sewaktu anak-anak masih kecil kita begitu mengambil berat
tetapi semakin longgar dengan membesarnya anak-anak
Terapkanlah ilmu agama dalam dada anak-anak
Usah menyerah 100% kepada guru, ustaz dan ustazah di sekolah
kalian yang akan dipersoalkan nanti
bukankah anak-anak adalah amanah Allah untuk ibu bapa?
jagalah mereka dengan sebaik mungkin
perkuatkanlah iman mereka
supaya terhindar dari gejala yang merosakkan
remaja..
patuhilah larangan agama
usah mendekati bunga-bunga perzinaan
anda pasti akan kecundang dengan hasutan syaitan dan iblis
untuk melakukan dosa-dosa seterusnya....
usahlah ditambah bilangan bayi yang dilahirkan tanpa ayah
usaha ditambah bilangan bayi yang dibuang sesedap rasa
tahukah? betapa sakitnya hati insan lain
betapa ngerinya kami
dengan perlakuan kalian...
akhir kata, kembalilah berpegang kepada ajaran agama yang suci
Insyaallah kalian akan selamat walau di mana kalian berada....

Wednesday, August 10, 2011
Mawar Jingga: Selamat berpuasa
Mawar Jingga: Selamat berpuasa: "Salam. Belum terlambat untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada saudara seagama walau di mana pun anda berada. Semoga kita..."
Selamat berpuasa
Salam.
Belum terlambat untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada saudara seagama walau di mana pun anda berada. Semoga kita semua dapat memuliakan dan merebut segala peluang untuk mempertingkatkan abadat di bulan yang penuh barokah ini.
Namun pada bulan yang mulia ini kita telah dikejutkan dengan berita yang menggusarkan, yang berlaku di Selangor....Kenapa semua itu harus terjadi????...Tiadakah ada sedikit pegangan agama yang masih tunggal sehingga anda sanggup melakukan perkara sedemikian??...sudah tertutupkan ruang yang ditawarkan oleh saudara seagama, badan2 yang bertanggungjawab sehingga sanggup anda mengunjungi tempat yang tak sepatutnya dikunjungi oleh seorang umat Islam?. Tidakkah anda sedar bahawa umat Islam kini diambang bahaya kemusnahan pegangan dan akidah?...bila2 masa sahaja musuh2 Islam menanti peluang sebegini untuk memesongkan akidah umat Islam..
Ingatlah wahai umat Islam ...ambang perpecahan di kalangan kita telah lama diintai dan kini telah mula diambil peluang oleh mereka yang berkepentingan....cukup2lah bercakaran sesama Islam...Ini adalah hasil dari kedegilan, ketaksuban dan ketamakan serta cita2 politik tanpa batasan yang kalian tunjukkan...Hasilnya?...dengan mudah musuh2 Islam yang selama ini diam, kini menunjukkan taringnya dengan mencabar perkara2 yang tidak sepatutnya dipertikaikan, mula menjalankan dakyah untuk mengurang dan melemahkan umat Islam.....renungkanlah...apa akan jadi kepada negara dan agama jika golongan itu yang anda pilih untuk memerintah negara??..Lihatlah apa telah jadi pada negeri Selangor?? MB seorang Islam tapi hanya menjadi boneka yang tidak punya kuasa apa2...
Sempena bulan mulia ini marilah sama2 kita berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT semoga pegangan agama umat Islam diperkukuhkan dan seterusnya negara kita diselamatkan dan dihindari dari kemusnahan yang didalangi oleh manusia yang tiada pegangan agama, yang tamak, yang penuh dendam kesumat. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayahNya kepada mereka dan keluarga mereka sebelum terlambat...Amin!!!

Tuesday, July 19, 2011
Selamatkan bumi Malaysia dari pengkhianat bangsa
Salam,
Betapa sakitnya hati menatap perlakuan sebilangan bangsa melayu pada 9 Julai 2011. Di manakah pertimbangan, di manakah kewarasan dan di manakah akal sehat kalian?
Apa yang kalian dapat dengan mengikut telunjuk musuh2 Islam yang setiap masa ingin menjahanamkan pegangan agama kalian dan yang paling penting dapat memusnahkan sebuah lagi negara Islam?
Kalian terpekik, terlolong seperti orang yang dirasuk histeria lagaknya....meninggalkan buku2 yang sepatutnya ditelaah pada hujung minggu....Mengapa orang muda seperti kalian meletakkan akal di kepala lutut? Apakah itu tujuan ibu bapa kalian menghantar kalian belajar di menara gading??...
Usah berbangga dengan bilangan yang keluar melalak pada hari tersebut, kami yang diam lagi ramai jumlahnya. Kami yang sayangkan agama, bangsa dan negara berjuta lagi bilangannya..Usahlah kerana cita2 politik segelintir manusia yang tak sedar diri , anda yang masih belajar menjadi kuda tunggangannya... nampak bukan main hebat dan gagah...mengapa bila terkena gas pemedih mata dan semburan air sudah lembik.....mengapa bila ditahan polis dengan selambanya makan pula makanan yang dibekalkan oleh polis? Bukankah selama ini golongan andalah yang melabelkan polis dengan gelaran yang tidak selayaknya diberikan kepada manusia?....hishh...memang dasar muka tembok, tak malu. Mengapa tak berlapar pada hari tu?
Yang menyedihkan...mengapa diheret anak kecil yang tak berdosa?...mengapa diperdaya orang2 kampung yang tidak tahu apa2...konon ajak jalan2 ke KL....itu namanya sifat orang2 yang BACUL!!!!!.....
Ya Allah berikanlah petunjuk dan hidayah Mu kepada mereka yang buta hati dan mata ini....Lapangkanlah dada mereka..waraskanlah pemikiran mereka...semoga mereka dapat membezakan yang mana baik dan yang mana akan membawa kemusnahan...
hayatilah sejarah dulu....apa anda ingin mengulangi episod penjajahan secara total? usahlah diberi muka kepada beberapa manusia yang meminjam sifat si Kitol yang tamak, haloba dan pentingkan diri sendiri.
Ya Allah ...selamatkanlah bumi Malaysis ini, jauhilah dari kemusnahan yang dirancang oleh segelintir manusia yang sudah hilang kewarasan itu..
Semoga negara terus aman, damai dan penghuninya hidup dalam kesejahteraan dengan segala keunikan yang ada yang sering dicemburui oleh anasir2 luar.....
Terima kasih.

Thursday, April 28, 2011
Sampai bila?
Salam,
Sudah2lah....tak sanggup lagi untuk melihat dan mendengar cerita tidak bermoral itu. Tak tau mana nak letak muka bila klip video tu ditayang di kaca TV..apa perasaan anak2 yang terpandang imej itu???
Sudah terang lagi bersuluh. Harap2 isu itu diselesaikan segera dan secepat mungkin. Usahlah dibiarkan berlarutan dan tidak berkesudahan...biarlah seribu penafian dikeluarkan dalam akhbar dan berita. Namun orang ramai tidak boleh ditipu selamanya. Sekilas pandang sudah tau siapa pelakunya...tak payahlah nak tengok durasi yang panjang. satu minit di kaca TV itu sudah memadai....
Biarlah mereka yang taksub dengan sejuta alasan...Sesungguhnya kebenaran semakin hampir...Dengan kehendak Allah jua satu demi satu perkara yang tidak dijangka terbongkar..mungkin itu kebenaran hasil dari himpunan sembahyang hajat yang telah dilakukan selama ini......
Mudah-mudahan mereka yang masih taksub diberikan petunjuk dan hidayahNya supaya dapat membuat pertimbangan yang waras dan tepat....dan seterusnya dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana berlian. Alhamdulillah Tuhan masih menyayangi dan memelihara kesejahteraan bumi Malaysia yang bertuah ini sehingga hari ini.
Semoga kita akan terus diberkati dan sentiasa dalam peliharaanNya....

Tuesday, April 26, 2011
Kuala Berang kini...
Kuala Berang lening
Sudah sangat maju wehh
Apa yang tak ada....
Pusat karoke?
ada.......dua buah lagi
Arak?
Hm..tak usah cakapla..
Di kedai...ada dua tiga...di rumah kediaman pun ada juga...
Ada lesen ke?
Sape yang melanggani?
Hmmm...sape lagi kalau bukan anak remaja Melayu...
Bapak orang pun ada......apa nak heran?
Tin-tin dan botol-botol bertunggingan
Di tepi semak, di atas tangga kedai yang tidak beroperasi
Masyaallah.....
Kuala Berang kian maju...
Perlakuan remaja kian buruk...
Pil kuda?..
Anak-anak sekolah yang jadi mangsa...
sanggup jadi keldai...
Korban masa belajar..
Sanggup ponteng sekolah..
Demi untuk sama-sama berada di alam khayalan yang tidak berkesudahan
Pusat snoker pun ada di Kuala Berang..
Hmm canggih dan majunya..
Menambahkan lagi kerisauan ibu bapa...
Apatah lagi cikgu-cikgu di sekolah
Rungsing dan risau tidak terhingga
Apa nak jadi dengan anak bangsa?
Perkara buruk juga yang dipuja dan diamal
Kuala Berang kini
Bukan lagi pekan yang aman
Bukan lagi tempat yang damai
Untuk membesarkan anak-anak
Gejala yang tidak sihat telah menular dengan rakus
Dulu kita bangga dengan penemuan batu bersurat di sini
Kini kebimbangan mengulit rasa...

Obesiti
Salam..
Sehari dua ni hebohlah pulak isu budak sekolah yang obes....yang kelakarnya nasi lemak yang disalahkan..
Malang sungguh nasib nasi lemak yang telah menjadi menu sarapan pagi sejak zaman berzaman... dan yang lebih sedih lagi cikgu juga yang ditugaskan untuk memantau keobesitian murid2......maka bertambahlah lagi kerja guru yang tidak pernah habis....bukan cikgu2 nak berkira...persoalannya adakah ibu, bapa dan penjaga tidak peka akan saiz badan anak2 mereka berbanding dengan umur?...mereka yang celik mata tengok anak dahulu berbanding guru....
Cubalah buat kajian dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Anak2 zaman ini lebih banyak didedahkan dengan menu makanan segera...tak payah sebutlah namanya..semua sudah maklum. Tambah lagi anak2 tidak punya banyak masa untuk bermain yang melibatkan fizikal, kerana banyak masa dihabiskan di sekolah, tuisyen dan masa luang diisi dengan menonton televisyen serta mengadap gajet2 canggih dengan hanya menggerakkan jari jemari sahaja. Begitulah jadinya jika terlalu menekankan kecemerlangan dalam akademik. Pencapaian dalam peperiksaan menjadi pengukur utama....seawal umur enam, tujuh tahun mereka telah dibebankan dengan tuisyen selepas sekolah. Alangkah malangnya kanak2 zaman ini. mereka tidak punya ruang dan peluang untuk menerokai alam sekeliling, mereka tidak bebas bermain bersama rakan2 sebaya, mereka tidak dapat mempelajari kemahiran sosial yang sepatutnya. Mereka telah dinafikan hak untuk menikmati zaman kanak2 yang sangat ceria dan penuh keriangan. Maka dengan itu perangai kanak2 dan remaja zaman ini sangat jauh berbeza jika dibandingkan sebelum ini..
Berbalik kepada masalah obes...peranan ibu bapa sangat penting dalam menentukan menu harian yang sihat. Ibu bapa boleh mengawal pertambahan berat badan anak2. Disiplin dalam pengambilan makanan boleh ditentukan dan diasuh oleh ibu bapa bermula dari awal lagi. Hadkan pengambilan makanan segera yang berlambak di pasaran pada masa kini...
Kesimpulannya bukan nasi lemak yang menjadi punca obesiti...
Sekian untuk kali ini. renung2kan!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)