Wednesday, August 10, 2011

Selamat berpuasa

Salam.


Belum terlambat untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada saudara seagama walau di mana pun anda berada. Semoga kita semua dapat memuliakan dan merebut segala peluang untuk mempertingkatkan abadat di bulan yang penuh barokah ini.


Namun pada bulan yang mulia ini kita telah dikejutkan dengan berita yang menggusarkan, yang berlaku di Selangor....Kenapa semua itu harus terjadi????...Tiadakah ada sedikit pegangan agama yang masih tunggal sehingga anda sanggup melakukan perkara sedemikian??...sudah tertutupkan ruang yang ditawarkan oleh saudara seagama, badan2 yang bertanggungjawab sehingga sanggup anda mengunjungi tempat yang tak sepatutnya dikunjungi oleh seorang umat Islam?. Tidakkah anda sedar bahawa umat Islam kini diambang bahaya kemusnahan pegangan dan akidah?...bila2 masa sahaja musuh2 Islam menanti peluang sebegini untuk memesongkan akidah umat Islam..


Ingatlah wahai umat Islam ...ambang perpecahan di kalangan kita telah lama diintai dan kini telah mula diambil peluang oleh mereka yang berkepentingan....cukup2lah bercakaran sesama Islam...Ini adalah hasil dari kedegilan, ketaksuban dan ketamakan serta cita2 politik tanpa batasan yang kalian tunjukkan...Hasilnya?...dengan mudah musuh2 Islam yang selama ini diam, kini menunjukkan taringnya dengan mencabar perkara2 yang tidak sepatutnya dipertikaikan, mula menjalankan dakyah untuk mengurang dan melemahkan umat Islam.....renungkanlah...apa akan jadi kepada negara dan agama jika golongan itu yang anda pilih untuk memerintah negara??..Lihatlah apa telah jadi pada negeri Selangor?? MB seorang Islam tapi hanya menjadi boneka yang tidak punya kuasa apa2...


Sempena bulan mulia ini marilah sama2 kita berdoa dan bermunajat kepada Allah SWT semoga pegangan agama umat Islam diperkukuhkan dan seterusnya negara kita diselamatkan dan dihindari dari kemusnahan yang didalangi oleh manusia yang tiada pegangan agama, yang tamak, yang penuh dendam kesumat. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayahNya kepada mereka dan keluarga mereka sebelum terlambat...Amin!!!

No comments:

Post a Comment