Salam....Jom kita sambung penerokaan di bumi Korea...
Masih di Taman Everland
 |
| Melihat beruang secara live |
 |
| Harimau putih sedang bersantai |
 |
| Pemandangan menarik di taman tema Everland.. |
 |
| Merasai pengalaman menaiki skyway |
Dari Taman
tema ini kami dibawa ke Sekolah Kimchi untuk merasai pengalaman membuat kimchi
yang merupakan makanan tradisional Korea.
 |
| Sesi amali membuat kimchi..selesai dah. |
 |
| Sesi merasa kimchi yang tersedia.. |
 |
| Cikgu-cikgu dari Malaysia telah bertukar menjadi cikgu-cikgu Korealah pulak...pengalaman menarik |
Selepas itu kami diberi peluang untuk
memakai pakaian tradisional Korea , hanbok. Apa lagi masing-masing berebut untuk menggayakan pakaian tradisional Korea itu. Perasaan teruja membuatkan keadaan di situ riuh rendah dan masing-masing sibuk berposing pelbagai gaya. Almaklumlah, bukan senang nak dapat peluang ini...alang-alang dah pijak bumi Korea ni kita bergaya sakanlah jawabnya..
Kami di bawa untuk bersolat di bandar Itaewon. Satu-satunya masjid yang ada di Seoul di bandar ini.
Selepas itu kami menikmati makan malam di sebuah restoran milik orang pakistan. Hmm...perut dah lapar sebab seharian meronda-ronda, apa lagi makan sajelah jawabnya.
Pada keesokannya 30 Mei 2013 kami
melawat Stadium Piala Dunia 2002, pusat Ginseng, Kilang Amethyst, kedai bebas
cukai kosmetik yang terkenal dengan BB krim keluaran odbo. Di pusat ginseng dan kilang permata tidak ramai yang membeli. kami hanya mendengar penerangan sahaja. Bila sampai di kedai kosmetik, apa lagi masing-masing sibuk membeli pelbagai barangan kosmetik Perempuanlah katakan....bukan boleh berpisah dengan barangan kosmetik.
 |
| Berposing di bilik persalinan pemain |
Selepas menikmati makan tengahari kami diberi peluang untuk membeli belah di Namdaemun Market. Masa yang terhad
iaitu hanya 1 jam 45 minit, menyebabkan kami tidak berkesempatan untuk memilih
barangan untuk dijadikan cenderamata untuk orang-orang terdekat di tanah air.
 |
| Dah berjangkit penyakit saranghae... |
 |
| Sesi ronda-ronda di bandar |
Selepas
menikmati makan malam di restoran halal kami bertolak ke Seoul Tower. Begitu
indah panorama malam di sekitar menara ini. Terasa segar dan nyaman semasa
mendaki untuk menuju ke menara.
 |
| Seoul tower waktu malam |
Selepas hampir 45 minit berada di situ kami bertolak ke hotel untuk berehat dan berkemas kerana ini adalah malam terakhir di Seoul.
31 Mei 2013,
hari terakhir di Seoul, kami bersarapan di restoran yang ada di ‘Korean Product
Duty Free Shop’. Selepas itu kami diberi masa untuk membeli belah di kedai itu.
Namun tidak banyak produk yang menarik untuk dibeli. Kami bertolak ke Incheon
Airport untuk berlepas ke Kuala Lumpur. Di sini masih sempat membeli belah di
kedai bebas cukai dan harga kebanyakan barangan lebih murah. Pukul 11.00 pagi
kami berlepas ke Kuala Lumpur dengan penerbangan MH 067 dan selamat mendarat di
KLIA pada 4.35 petang. 7 hari 5 malam terasa begitu cepat berlalu., terasa
belum puas menjelajahi tempat-tempat yang dilawati. Terima kasih kepada YHA
Tours and Travel terutamanya Az yang mengiringi kami ke Seoul dan juga Ms Kim
dan Andy yang menyambut dan melayani kami di Seoul dan juga yang sentiasa menceriakan
hari-hari kami di sana. Apa yang menarik dan mengkagumkan, sepanjang perjalanan tidak kelihatan seorang
pun peminta sedekah, persekitaran yang
bersih dan apa yang penting kami merasa begitu selamat. Patutlah Ms Kim dengan bangganya memberitahu kami
bahawa Korea merupakan negara yang paling selamat di dunia kerana rakyatnya
yang kuat berusaha dan menghormati orang lain serta tidak akan mengambil atau
mengganggu hak orang lain. Begitu tinggi nilai murni yang tertanam di sanubari rakyat
Korea.
 |
Semasa menunggu hidangan breakfast terakhir di Seoul
|
 |
| Detik-detik terakhir di Incheon Airport |
 |
| Bersama Andy tour guide di Seoul |
 |
| Ms Kim..tour guide kami di Seoul |
Dalam hati
terselit keinginan untuk mengunjungi bumi Korea sekali lagi terutama pada musim
bunga untuk menikmati keindahan “cherry blossom”. Insyaallah.
Sekian,
selamat berkembara.
ROSLAH BINTI
AWANG