Salam.
Kita sambung lagi sesi eksplorasi bumi Korea.
dari Lapangan terbang Jeju, kami terus
menaiki bas dan dibawa ke Yongduam Dragon Head Rock untuk melihat batu yang
dikaitkan dengan lagenda naga dengan bebolanya. Namun hari telah mulai gelap
dan pergerakan kami agak terbatas untuk menuruni anak tangga yang agak licin
akibat hujan yang masih turun.
 |
| inilah batu yang dikatakan menyerupai bentuk kepala naga....batuan sepanjang laut semuanya berwarna hitam |
 |
| Jalan licin..menyukarkan perjalanan |
Selepas menikmati makan malam di restoran seafood berdekatan, kami dibawa ke
Pine Hills Hotel di Sineom-Ri, Aewol-Eup, Jeju Island. Di sini keadaan waktu
malamnya sangat tenang. Keadaannya sangat sunyi di mana sekali sekala sahaja
terdengar deruan enjin kenderaan di jalan raya. Hampir tidak kelihatan manusia
berjalan di bandar ini pada waktu malam.
 |
| Perkarangan hotel penginapan di Pulau Jeju |
 |
| Hidangan makan malam di restoran seafood |
Pada
hari berikutnya 28 Mei 2013, selepas sarapan yang ringkas kami dibawa melawat
Cheonjjyeon Waterfall. Semua terpaku dengan kebersihan sepanjang jalan menuju
ke tapak air terjun. Tiada satu pun sampah yang ditemui kecuali daun-daun yang
gugur akibat ribut pada malam sebelumnya.
 |
| Berposing dulu sebelum memulakan langkah ke air terjun |
 |
| Cheonjjyeon waterfall |
Destinasi
seterusnya kami dibawa ke Sung–Eup, perkampungan tradisional di Jeju.
Sepanjang perjalanan kami menikmati keindahan deretan pokok pine dan juga
ladang-ladang yang diusahakan oleh penduduk. Di sini kami diberi penerangan
tentang aktiviti dan cara hidup penduduk setempat.
 |
| pemandangan perkampungan tradisional..bersih |
 |
| sesi penerangan oleh jurucakap perkampungan dan diterjemahkan oleh Ms Kim |
 |
| Ms Kim yang sintiasa bersemangat memberikan penerangan |
 |
| Berposing di pintu masuk sebuah rumah tradisional |
 |
| Bersama penduduk perkampungan tradisional |
Selepas
itu kami bertolak ke ladang limau yang begitu luas dengan buah yang sedang
ranum. Sempat juga singgah di kedai yang mengusahakan produk berasaskan limau
iaitu coklat.
 |
Berposing sebelum masuk ke ladang limau
|
Kemana destinasi seterusnya?.....tunggu!!!!!!
No comments:
Post a Comment