Friday, November 29, 2013

LAMBAIAN PULAU NAMI PART 3

Salam.

Kita sambung lagi sesi eksplorasi bumi Korea.

dari Lapangan terbang Jeju, kami terus menaiki bas dan dibawa ke Yongduam Dragon Head Rock untuk melihat batu yang dikaitkan dengan lagenda naga dengan bebolanya. Namun hari telah mulai gelap dan pergerakan kami agak terbatas untuk menuruni anak tangga yang agak licin akibat hujan yang masih turun. 
inilah batu yang dikatakan menyerupai bentuk kepala naga....batuan sepanjang laut semuanya berwarna hitam

Jalan licin..menyukarkan perjalanan
Selepas menikmati makan malam di restoran seafood berdekatan, kami dibawa ke Pine Hills Hotel di Sineom-Ri, Aewol-Eup, Jeju Island. Di sini keadaan waktu malamnya sangat tenang. Keadaannya sangat sunyi di mana sekali sekala sahaja terdengar deruan enjin kenderaan di jalan raya. Hampir tidak kelihatan manusia berjalan di bandar ini pada waktu malam.


Perkarangan hotel penginapan di Pulau Jeju



Hidangan makan malam di restoran seafood
Pada hari berikutnya 28 Mei 2013, selepas sarapan yang ringkas kami dibawa melawat Cheonjjyeon Waterfall. Semua terpaku dengan kebersihan sepanjang jalan menuju ke tapak air terjun. Tiada satu pun sampah yang ditemui kecuali daun-daun yang gugur akibat ribut pada malam sebelumnya.

Berposing dulu sebelum memulakan langkah ke air terjun

Cheonjjyeon waterfall
Destinasi seterusnya kami dibawa ke Sung–Eup, perkampungan tradisional di Jeju. Sepanjang perjalanan kami menikmati keindahan deretan pokok pine dan juga ladang-ladang yang diusahakan oleh penduduk. Di sini kami diberi penerangan tentang aktiviti dan cara hidup penduduk setempat. 

pemandangan perkampungan tradisional..bersih
sesi penerangan oleh jurucakap perkampungan dan diterjemahkan oleh Ms Kim 

Ms Kim yang sintiasa bersemangat memberikan penerangan

Berposing di pintu masuk sebuah rumah tradisional


Bersama penduduk perkampungan tradisional
Selepas itu kami bertolak ke ladang limau yang begitu luas dengan buah yang sedang ranum. Sempat juga singgah di kedai yang mengusahakan produk berasaskan limau iaitu coklat.

Berposing sebelum masuk ke ladang limau
 Kemana destinasi seterusnya?.....tunggu!!!!!!

Thursday, November 28, 2013

LAMBAIAN PULAU NAMI PART 2

Salam.
Jom sambung eksplorasi ke bumi korea

Tepat pukul 1.00 tengahari kami menaiki feri untuk kembali ke tanah besar. Di situ kami dibawa untuk makan tengahari dan bersolat.

Menu lunch kali pertama

Nasi bercampur kekacang dan kurma merah

Lapar punya pasal...licin......

Selesai luch dan solat

Pemandangan di luar restoran
 Setelah itu kami singgah di Gwanghwmun Plaza untuk membeli belah. Tetapi kebanyakannya hanya melakukan window shopping je...maklumlah baru hari pertama. Selepas itu kami menaiki bas menuju tempat penginapan iaitu Mate hotel di Hwagok dong, gangseo-gu ,Seoul untuk berehat.

Inilah tempat penginapan di Seoul. Nampak biasa je...bila masuk...woww...kelas gitu..

Bilik mandi dan tandas....bersih 
Pagi 27 Mei, cuaca kurang baik. hari hujan. ini memaksa kami membeli payung untuk penerokaan bumi Korea pada hari ini. Tempat pertama ialah National Folk Museum yang dibina hasil sumbangan rakyat tanpa melibatkan duit kerajaan. Mengkagumkan semangat kerjasama di kalangan rakyat Korea. 
Pemandangan di dalam museum

Acara wajib...berposing selepas meneroka museum
pandangan hadapan pintu masuk ke museum
Seterusnya kami melawat Royal Palace di tengah-tengah bandar. Terpaku melihat ukiran kayu yang begitu tinggi nilai estetiknya. Istana ini memenuhi ruang yang sangat luas dengan bangunan lama yang terpelihara dan taman-taman bunga. 
Berjalan di dalam hujan 





Bangunan istana lama yang menjadi tarikan pelancong


Satu-satunya bunga yang masih berkembang dalam taman ....nama tak tau.
Selepas makan tengahari kami bertolak ke Gimpo Airport untuk ke Pulau Jeju.
malangnya cuaca masih lagi hujan dengan angin yang kencang. Penerbangan ke Pulau Jeju ditunda beberapa jam kerana cuaca tidak mengizinkan. Keadaan ini menyebabkan sedikit kesesakan di lapangan terbang ini. 

Kepenatan akibat penerbangan yang tertunda di Gimpo airport
Pukul 5.45 petang barulah kami boleh berlepas ke Pulau Jeju. Perjalanan yang agak mendebarkan kerana cuaca masih lagi belum pulih dengan hujan berterusan serta angin yang agak kencang. Perjalanan yang mengambil masa satu jam kami lalui dengan memanjatkan doa semoga semuanya berlalu dengan baik dan dijauhi dari sebarang kejadian yang tidak diingini. Alhamdulillah, kapal terbang mendarat dengan selamat di lapangan terbang Jeju pada pukul 6.45 petang. 

to be continue....

Wednesday, November 27, 2013

LAMBAIAN PULAU NAMI PART 1

LAMBAIAN PULAU NAMI, KOREA  

Akhirnya impian tercapai. Setelah sekian lama memendam keinginan untuk menjejaki bumi Korea bagi menikmati keindahan pemandangan selepas menonton ‘Winter Sonata” tertunai. Saya beserta 20 ahli rombongan yang sebahagian besarnya adalah guru diiringi oleh seorang pemandu pelancong dari agensi YHA Tours and Travel bertolak ke bumi Korea pada 25 Mei 2013 menaiki penerbangan MH 066 pada pukul 11.30 malam dari KLIA. Alhamdulillah kami selamat sampai ke lapangan terbang Incheon, Seoul pada pukul 7.10 pagi waktu Korea 26 Mei 2013. Di situ kami disambut oleh  dua orang pemandu pelancong.

Di Lapangan terbang Incheon , Seoul
 Dari sini kami terus menaiki bas untuk ke Pulau Nami. Sepanjang perjalanan kami teruja menikmati pemandangan yang begitu indah dan menenangkan. Badan yang penat tidak terasa kerana keindahan Pulau Nami terbayang di ruang mata.


Setelah menjejakkan kaki ke Pulau Nami, kami terus melakukan eksplorasi dan mengabadikan tempat-tempat indah yang menjadi latar drama winter sonata. Sedikit hampa kerana tidak dapat melihat bunga sakura berguguran kerana masa ini ialah dua minggu terakhir musim bunga. Kebanyakan bunga telah mula mengering. Namun hati terubat jua apabila melihat laluan pokok maple yang cantik warnanya dan juga laluan pokok gingko biloba yang begitu indah pemandangannya. Apa lagi ‘posing’ sakanlah jawabnya. 


Berposing sebaik menjejakkan kaki di Pulau Nami @ Pulau Cinta

laluan yang menarik

Penggunaan bahan terpakai

Dalam feri menuju Nami

Ms Kim memberi penerangan dengan penuh semangat. Yang mendengar pula bukan main khusyuknya..

Hiasan botol terpakai

Bangga...tulisan bahasa melayu dengan bendera Malaysia lagi..

Baru puas hati....bergambar di sebelah hero n heroin winter sonata....gambar pun jadilah..




Cantikkan?....damainya hati

arca daripada kayu terpakai

Laluan Gingko biloba.....satu-satunya ahli lelaki dlm rombongan kami...suami ku



Pemandangan yang menyejukkan mata

kreatif.....pokok terbalik

Susunan botol terbuang...

satu lagi idea kreatif kitar semula

Nampak tu?.....ha..jalur gemilang berkibar megah di atas feri....bangga!!!!

Tepat pukul 1.00 tengahari kami menaiki feri untuk kembali ke tanah besar. 

To be continue.......