Salam.
Setelah lama menyepi kini terpanggil untuk mencoretkan sesuatu. Tentunya isu panas pada masa kini iaitu PRU ke 13. Tinggal beberapa hari lagi untuk kita rakyat yang cintakan agama, negara dan bangsa akan mengundi untuk memberi mandat kepada barisan yang akan menerajui tampok pemerintahan untuk 5 tahun akan datang. Berfikirlah secara rasional, lakukan sembahyang istikharah sebelum melangkah ke tempat mengundi. Dalam era yang penuh dengan kemelut yang tidak berpenghujung ini, buatlah pilihan yang bijak. Supaya nanti anak cucu tidak akan menyalahkan kita suatu hari nanti.
Nah!..calon-calon sedang rancak berkempen, ada yang cool saje..ada pulak yang berapi semangatnya. Tak kurang pula yang membudayakan budaya samseng dan gangster..bom sana, bom sini. Itulah hasil jika sedari kecil telah dimomokkan dengan budaya kasar, agresif dan tidak mempedulikan orang lain.
Apa nak jadi dengan bangsa Melayu ini?..telah hilang sikap kesopanan dan timbangrasa, yang ada sikap ganas, fitnah memfitnah, brutal dan entah apa-apa lagi yang menyesakkan dada jika difikirkan.
Kepada kalian yang masih mempunyai akal sihat, pilihlah parti yang menjamin ke arah kesejahteraan, keamanan dan kedamaian kerana hidup perlu diteruskan, juga perjuangan masih belum selesai.
Buatlah pilihan yang bijak. Semua sudah terhidang di depan mata. Tanyalah iman untuk membuat pilihan. Semoga negara Malaysia akan berkekalan aman dan sejahtera selamanya. Juga semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT dari perosak bangsa yang begitu bersungguh-sungguh ingin melihat sebuah kehancuran.
Sekian, renung-renungkan dan selamat mengundi!!!!
11.59 p.m
26/4/13