Friday, December 17, 2010

Zoo di Parlimen?

Salam semua

Hati saya begitu sedih dan risau melihatkan perbahasan di parlimen satu dua hari ini. Suasana yang ditunjukkan oleh media walaupun sekejap amat merunsingkan dan menyerabutkan kepala insan yang sayangkan agama dan negara tercinta Malaysia. Begitu buruk sekali perilaku wakil-wakil rakyat terutama sekali dari pihak pembangkang. Tiadakah kesedaran yang mereka itu dipilih oleh rakyat?. Di manakah tanggungjawab untuk membela dan membawa keadilan kepada rakyat di kawasan mereka?.Sesungguhnya sedarlah wahai rakyat Malaysia..sebahagian dari kita telah tersilap memilih kaca yang dulunya disangka berlian yang berkilauan. Tindak-tanduk yang kebudak-budakan semasa perbahasan menunjukkan betapa ceteknya ilmu sedangkan setiap dari mereka belajar tinggi bertingkat-tingkat(betul ke?).

Perangai sebahagian mereka baik lelaki atau perempuan mengalahkan budak-budak sekolah yang nakal. Senakal-nakal budak sekolah, tidak akan keluar dari bilik darjah selagi tidak  diarah oleh guru. Ini tidak, perkara yang pasti salahnya diputarbelitkan untuk menegakkan benang yang sememangnya basah. Sampai bila segala keburukan itu hendak dinafikan?. Sedangkan sedikit demi sedikit kebenaran semakin terserlah. Itulah..kita manusia hidup di bawah kekuasaan Allah SWT. Setiap yang berlaku adalah atas kehendakNya jua. Akan sampai suatu waktu segala keburukan yang kita lakukan terbongkar. Begitulah kehandak Tuhan.

Sedar-sedarlah. Kembalilah ke pangkal jalan. Bertaubatlah selagi masih berpeluang. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sekali kita tersasar atau terpesong ke jalan yang menyimpang kita masih ada peluang dan masih diberi ruang untuk meluruskannya. Jalanilah hidup sebagaimana yang di syariatkan. Usahlah kerana kesilapan dan kealpaan kita, orang lain yang tidak berdosa juga akan mendapat bala dariNya.

Kepada semua wakil rakyat, usahlah menjadikan Parlimen yang mulia sebagai zoo dengan menggunapakai undang-undang sendiri atau lebih dikenali undang-undang hutan. Malulah kepada anak-anak bangsa yang lebih muda. Jangan pulak mereka tersalah mewarisi atau tersalah memilih peradapan yang sepatutnya kerana itu yang disogokkan kepada mereka semenjak dua menjak ini.

Kepada rakyat yang cintakan agama, bangsa dan negara, sama-samalah kita berdoa semoga negara kita sentiasa dalam peliharaanNya dan dijauhkan dari sebarang anasir yang tidak bertanggungjawab yang akan membawa kepada kemusnahan. YANG PASTI KEBENARAN AKAN SENTIASA MENGATASI SEGALA KEBURUKAN.

USAH DIBIARKAN SEJARAH SI KITOL BERULANG.

Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi.
18 Dec. 2010