Salam..
Sehari dua ni hebohlah pulak isu budak sekolah yang obes....yang kelakarnya nasi lemak yang disalahkan..
Malang sungguh nasib nasi lemak yang telah menjadi menu sarapan pagi sejak zaman berzaman... dan yang lebih sedih lagi cikgu juga yang ditugaskan untuk memantau keobesitian murid2......maka bertambahlah lagi kerja guru yang tidak pernah habis....bukan cikgu2 nak berkira...persoalannya adakah ibu, bapa dan penjaga tidak peka akan saiz badan anak2 mereka berbanding dengan umur?...mereka yang celik mata tengok anak dahulu berbanding guru....
Cubalah buat kajian dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Anak2 zaman ini lebih banyak didedahkan dengan menu makanan segera...tak payah sebutlah namanya..semua sudah maklum. Tambah lagi anak2 tidak punya banyak masa untuk bermain yang melibatkan fizikal, kerana banyak masa dihabiskan di sekolah, tuisyen dan masa luang diisi dengan menonton televisyen serta mengadap gajet2 canggih dengan hanya menggerakkan jari jemari sahaja. Begitulah jadinya jika terlalu menekankan kecemerlangan dalam akademik. Pencapaian dalam peperiksaan menjadi pengukur utama....seawal umur enam, tujuh tahun mereka telah dibebankan dengan tuisyen selepas sekolah. Alangkah malangnya kanak2 zaman ini. mereka tidak punya ruang dan peluang untuk menerokai alam sekeliling, mereka tidak bebas bermain bersama rakan2 sebaya, mereka tidak dapat mempelajari kemahiran sosial yang sepatutnya. Mereka telah dinafikan hak untuk menikmati zaman kanak2 yang sangat ceria dan penuh keriangan. Maka dengan itu perangai kanak2 dan remaja zaman ini sangat jauh berbeza jika dibandingkan sebelum ini..
Berbalik kepada masalah obes...peranan ibu bapa sangat penting dalam menentukan menu harian yang sihat. Ibu bapa boleh mengawal pertambahan berat badan anak2. Disiplin dalam pengambilan makanan boleh ditentukan dan diasuh oleh ibu bapa bermula dari awal lagi. Hadkan pengambilan makanan segera yang berlambak di pasaran pada masa kini...
Kesimpulannya bukan nasi lemak yang menjadi punca obesiti...
Sekian untuk kali ini. renung2kan!!!
No comments:
Post a Comment