Monday, January 9, 2017

Sekian lama menyepi...

As salam......

Setelah sekian lama menyepi hari ini terbuka hati untuk menjenguk laman ini. Kesibukan dengan tugas dan tanggungjawab membataskan ruang waktu untuk menulis. Alhamdulillah kini saya telah telepas dari tugasan dan tanggungjawab setelah memilih untuk bersara awal pada 1.12.2016. Tempoh 31 tahun menunaikan tanggungjawab mendidik anak bangsa memang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Masa untuk diri dan famili sangat terbatas. Kini fokus utama adalah untuk diri sendiri dan famili meskipun anak-anak sudah menginjak dewasa dan tiga daripadanya telah merantau di negeri orang. Harapan semoga punya banyak waktu untuk bermesra dengan mereka. Syukur dengan perkembangan hari ini kita sentiasa dekat dengan mereka walaupun terpisah jauh secara zahirnya.

Untuk suami sempatlah saya menabur bakti sepenuh masa sebagai suri rumah tangga selama 6 bulan ini In Shaa Alah sebelum beliau menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam. Semoga ini dapat menebus segala kekurangan layanan selama ini kerana kita sama-sama sibuk dengan  kerjaya masing-masing.

Selamat tinggal dunia pendidikan secara formal. Pastinya saat-saat bersama murid akan sentiasa dirindui dan menjadi kenangan teindah dalam hidup ini. Tiada lagi keriuhan dan kepetahan bicara semasa PnP, tiada lagi kelas bio sesudah subuh. Terima kasih kepada anak-anak didik yang sentiasa memberi kerjasama dan komitmen yang baik.Juga kepada rakan-rakan sejawat yang selalu memberikan kerjasama dan menceriakan suasana. Tidak lupa kepada ibu bapa yang sanggup menghantar anak seawal 6.30 pagi untuk sesi kelas sesudah subuh/kelas fajar Bio. masih tersisa satu lagi debaran iaitu keputusan SPM 2016. Semoga ianya membuahkan hasil yang paling baik sebagai pengakhiran perkhidmatan. Ku tunggu saat itu dengan penuh sabar dan redha..

Wasalam..
Jumpa lagi di lain entri

No comments:

Post a Comment