Keputusan pilihanraya telah diterima. Tahniah buat BN kerana dapat mengekalkan tampuk peemrintahan untuk 5 tahun lagi. Tahniah juga kepada calon2 yang menang. Takziah kepada mereka yang kalah. Terimalah itu sebagai realiti. Bukankah itu adat pertandingan?...mungkin ada hikmah disebaliknya. Muhasabah diri dan persiap strategi untuk masa mendatang.
Apa yang dikesalkan, keputusan ini memberi gambaran yang menggerunkan untuk generasi akan datang. Jika begini aliran yang ditunjukkan, apakah masih gah ungkapan "tak kan melayu hilang di dunia"? Di kala satu puak memperkukuhkan penyatuan mereka, kaum melayu masih dan terus berpecah kepada tiga kumpulan. Sampai bila keadaan ini mahu diteruskan? Sampai tanah air tergadai? Ya..masa itu mungkin kita sudah tiada. tapi apa nasib anak cucu kita? Menjadi pengemis di tanah tumpah darah?...
Bangkitlah, lupakan sengketa dan dendam kesumat yang tidak berkesudahan. Sama2 lah kita memperbaiki kepincangan ini. Sama2 lah kita tanamkan nilai yang betul kepada generasi muda hari ini. Bukannya budaya memfitnah yang maha keji. Bukan juga budaya songsang yang menongkah arus dan peradaban kemanusiaan, dan bukan juga budaya gangster yang kasar dan tidak berperikmanusiaan.
Kemanakah hilangnya budaya melayu yang penuh dengan kesopanan? Inikah harga yang perlu dibayar demi untuk membentuk sebuah negara maju? Melihat kepada perkembangan sepanjang kempen PR ke 13, terasa bukan bumi Malaysia yang dipijak. Mengapa anak-anak muda begitu terpengaruh dengan momokan yang jauh dari kebenaran? Mengapa tiada sekelumit kesedaran bahawa mereka sedang diperalatkan demi untuk kepuasan pihak yang tamak dan gilakan kuasa?
Kepada puak yang kalah, terimalah keputusan rakyat. Untuk apa perhimpunan pasca PR yang begitu mengganggu ketenteraman awam?. Apakah itu kepuasan yang didambakan oleh kalian?. Mengapa mahu diperjudikan keamanan yang sedang kita miliki dan lalui?.Andai terjadi sesuatu yang tidak diingini adakah ketua yang dipuja2 itu akan mengambil kisah tentang kesengsaraan kalian? Mustahil....jawapan mereka " ada ku kisah" kerana mereka mampu untuk lari ke mana sahaja...
Sangat menyedihkan apabila murid-murid sekolah diheret sama ke kancah politik yang terpesong ini. Dengan kenaifan mereka, tanpa sedar mereka telah dipergunakan untuk memenuhi nafsu besar golongan tertentu untuk mengubah kerajaan.
Cukup cukup sudah bangsa ku...bermuhasabahlah....kembalilah andai perjuangan telah tersasar. Sayangilah agama, bangsa dan negara ini. Usah dibiarkan bibit2 kehancuran menjengah bumi ini. Ini bumi bertuah pusaka nenek moyang yang akan diperturunkan pula untuk generasi akan datang. Insaflah...Belum terlambat untuk memperbetulkan kesilapan dan keterlanjuran. Andai nasi telah menjadi bubur, penyesalan sudah tiada gunanya...walupun bubur juga boleh dimakan, ianya tidak sama dengan nasi yang terhidang.
Kembalilah kepada perjuangan untuk menyatukan rakyat demi sebuah negara yang aman, makmur, maju dan disegani di dunia.
Renung2kan...berubahlah demi untuk kebaikan dan kesejahteraan. Kami telah penat dan lelah dengan semua kemelut yang melanda akibat ketidakpuasan segelintir manusia yang tidak berpijak di bumi nyata.
![]() |
| Apakah kita perlu menunggu sampai jadi begini baru nak berubah??????????? |


No comments:
Post a Comment