Monday, January 9, 2017

Sekian lama menyepi...

As salam......

Setelah sekian lama menyepi hari ini terbuka hati untuk menjenguk laman ini. Kesibukan dengan tugas dan tanggungjawab membataskan ruang waktu untuk menulis. Alhamdulillah kini saya telah telepas dari tugasan dan tanggungjawab setelah memilih untuk bersara awal pada 1.12.2016. Tempoh 31 tahun menunaikan tanggungjawab mendidik anak bangsa memang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Masa untuk diri dan famili sangat terbatas. Kini fokus utama adalah untuk diri sendiri dan famili meskipun anak-anak sudah menginjak dewasa dan tiga daripadanya telah merantau di negeri orang. Harapan semoga punya banyak waktu untuk bermesra dengan mereka. Syukur dengan perkembangan hari ini kita sentiasa dekat dengan mereka walaupun terpisah jauh secara zahirnya.

Untuk suami sempatlah saya menabur bakti sepenuh masa sebagai suri rumah tangga selama 6 bulan ini In Shaa Alah sebelum beliau menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam. Semoga ini dapat menebus segala kekurangan layanan selama ini kerana kita sama-sama sibuk dengan  kerjaya masing-masing.

Selamat tinggal dunia pendidikan secara formal. Pastinya saat-saat bersama murid akan sentiasa dirindui dan menjadi kenangan teindah dalam hidup ini. Tiada lagi keriuhan dan kepetahan bicara semasa PnP, tiada lagi kelas bio sesudah subuh. Terima kasih kepada anak-anak didik yang sentiasa memberi kerjasama dan komitmen yang baik.Juga kepada rakan-rakan sejawat yang selalu memberikan kerjasama dan menceriakan suasana. Tidak lupa kepada ibu bapa yang sanggup menghantar anak seawal 6.30 pagi untuk sesi kelas sesudah subuh/kelas fajar Bio. masih tersisa satu lagi debaran iaitu keputusan SPM 2016. Semoga ianya membuahkan hasil yang paling baik sebagai pengakhiran perkhidmatan. Ku tunggu saat itu dengan penuh sabar dan redha..

Wasalam..
Jumpa lagi di lain entri

Thursday, December 12, 2013

LAMBAIAN PULAU NAMI PART 5

Salam....Jom kita sambung penerokaan di bumi Korea...

Masih di Taman Everland


Melihat beruang secara live 

Harimau putih sedang bersantai


Pemandangan menarik di taman tema Everland..

Merasai pengalaman menaiki skyway

Dari Taman tema ini kami dibawa ke Sekolah Kimchi untuk merasai pengalaman membuat kimchi yang merupakan makanan tradisional Korea.


Sesi amali membuat kimchi..selesai dah.

Sesi merasa kimchi yang tersedia..
Cikgu-cikgu dari Malaysia telah bertukar menjadi cikgu-cikgu Korealah pulak...pengalaman menarik
Selepas itu kami diberi peluang untuk memakai pakaian tradisional Korea , hanbok. Apa lagi masing-masing berebut untuk menggayakan pakaian tradisional Korea itu. Perasaan teruja membuatkan keadaan di situ riuh rendah dan masing-masing sibuk berposing pelbagai gaya. Almaklumlah, bukan senang nak dapat peluang ini...alang-alang dah pijak bumi Korea ni kita bergaya sakanlah jawabnya..

Kami di bawa untuk bersolat di bandar Itaewon. Satu-satunya masjid yang ada di Seoul di bandar ini. 

Selepas itu kami menikmati makan malam di sebuah restoran milik orang pakistan. Hmm...perut dah lapar sebab seharian meronda-ronda, apa lagi makan sajelah jawabnya.


Pada keesokannya 30 Mei 2013 kami melawat Stadium Piala Dunia 2002, pusat Ginseng, Kilang Amethyst, kedai bebas cukai kosmetik yang terkenal dengan BB krim keluaran odbo. Di pusat ginseng dan kilang permata tidak ramai yang membeli. kami hanya mendengar penerangan sahaja. Bila sampai di kedai kosmetik, apa lagi masing-masing sibuk membeli pelbagai barangan kosmetik Perempuanlah katakan....bukan boleh berpisah dengan barangan kosmetik.

Berposing di bilik persalinan pemain



Selepas menikmati makan tengahari kami diberi peluang untuk membeli belah di Namdaemun Market. Masa yang terhad iaitu hanya 1 jam 45 minit, menyebabkan kami tidak berkesempatan untuk memilih barangan untuk dijadikan cenderamata untuk orang-orang terdekat di tanah air.
Dah berjangkit penyakit saranghae...

Sesi ronda-ronda di bandar

Selepas menikmati makan malam di restoran halal kami bertolak ke Seoul Tower. Begitu indah panorama malam di sekitar menara ini. Terasa segar dan nyaman semasa mendaki untuk menuju ke menara. 
Seoul tower waktu malam
Selepas hampir 45 minit berada di situ kami bertolak ke hotel untuk berehat dan berkemas kerana ini adalah malam terakhir di Seoul. 

31 Mei 2013, hari terakhir di Seoul, kami bersarapan di restoran yang ada di ‘Korean Product Duty Free Shop’. Selepas itu kami diberi masa untuk membeli belah di kedai itu. Namun tidak banyak produk yang menarik untuk dibeli. Kami bertolak ke Incheon Airport untuk berlepas ke Kuala Lumpur. Di sini masih sempat membeli belah di kedai bebas cukai dan harga kebanyakan barangan lebih murah. Pukul 11.00 pagi kami berlepas ke Kuala Lumpur dengan penerbangan MH 067 dan selamat mendarat di KLIA pada 4.35 petang. 7 hari 5 malam terasa begitu cepat berlalu., terasa belum puas menjelajahi tempat-tempat yang dilawati. Terima kasih kepada YHA Tours and Travel terutamanya Az yang mengiringi kami ke Seoul dan juga Ms Kim dan Andy yang menyambut dan melayani kami di Seoul dan juga yang sentiasa menceriakan hari-hari kami di sana. Apa yang menarik dan mengkagumkan,  sepanjang perjalanan tidak kelihatan seorang pun peminta sedekah,  persekitaran yang bersih dan apa yang penting kami merasa begitu selamat. Patutlah  Ms Kim dengan bangganya memberitahu kami bahawa Korea merupakan negara yang paling selamat di dunia kerana rakyatnya yang kuat berusaha dan menghormati orang lain serta tidak akan mengambil atau mengganggu hak orang lain. Begitu tinggi nilai murni yang tertanam di sanubari rakyat Korea.


Semasa menunggu hidangan breakfast terakhir di Seoul



Detik-detik terakhir di Incheon Airport

Bersama Andy tour guide di Seoul

Ms Kim..tour guide kami di Seoul


Dalam hati terselit keinginan untuk mengunjungi bumi Korea sekali lagi terutama pada musim bunga untuk menikmati keindahan “cherry blossom”. Insyaallah.

Sekian, selamat berkembara.

ROSLAH BINTI AWANG

Sunday, December 1, 2013

LAMBAIAN PULAI NAMI PART 4

  Salam..

Busy sikit. Tu yang agak lambat continue eskplorasi bumi Korea.
Jom kita ke destinasi seterusnya..

Selepas menikmati makan tengahari yang berasaskan makanan laut di restoran, kami dibawa ke Seongsan IIchubong Peak yang begitu indah dan mendamaikan. 

Di kejauhan kelihatan para pengunjung sedang mendaki untuk ke "Sun rise peak"


Sebelum memulakan pendakian, kita posing dulu...
Subhanallah....terpukau dengan keindahan ciptaan Mu 


Batu pun dijadikan hiasan
Inilah puncak Seongsan IIchulbong

Kami dimaklumkan  tempat ini merupakan “New 7 wonders of Nature”.

Seterusnya kami bertolak ke Seopjikoji yang terletak di pantai timur Pulau Jeju yang merupakan  pantai yang terdiri dari batuan tinggalan gunung berapi yang berwarna gelap kehitaman.



Pemandangan di sekitar Seopjikoji
 Selepas meneroka kawasan ini kami menikmati makan tengahhari di sebuah restoran dan setrusnya bertolak  ke Teddy Bear Museum untuk melihat proses pembuatan teddy bear pelbagai bentuk. Kami dimaklumkan museum ini di taja oleh selebriti Korea tanpa melibatkan sumbangan dana kerajaan. Selepas makan malam, kami dibawa ke hotel penginapan untuk berehat dan mengemas barang keperluan.




mMenikmati hidangan tengah hari



Suasana di dalam Teddy bear museum
29 Mei 2013, selepas sarapan pagi seawal pukul 6.00 pagi kami bertolak ke destinasi terakhir di Pulau Jeju iaitu Mystery Road yang terletak dalam perjalanan untuk ke Jeju Airport. Kami merasai pengalaman bas bergerak dengan sendiri apabila enjin dimatikan. Bagi rakyat Korea kejadian ini dikaitkan dengan cerita lagenda pada zaman dahulu. Dari situ kami terus bertolak ke Jeju Airport untuk kembali ke Seoul. 

Driver bas semasa berada di Pulau Jeju.....ada iras Chow Yuan Fatt kan?????

Sebaik sampai di Gimpo Airport kami dibawa menaiki bas untuk ke Everland Theme Park suatu taman tema yang besar yang menawarkan pengalaman yang menarik. Pengembaraan dalam dunia safari memberikan pengalaman yang baru. Melihat pelbagai jenis fauna liar yang dibiar bebas dengan menaiki bas yang dikhaskan ternyata amat menarik. Selain dari itu taman ini juga menawarkan berbagai tempat menarik untuk diterokai. Namun sedikit terkilan kerana masa yang terhad, kami tidak sempat menjelajah ke semua sudut. Apa yang menarik, pemandangan di sini sangat cantik dengan hiasan bangunan dan taman-taman bunga pelbagai warna.

Acara wajib sebelum meneroka.......posing



Pemandangan dalam Taman Everland














Sampai di sini dulu......ada lagi..

Friday, November 29, 2013

LAMBAIAN PULAU NAMI PART 3

Salam.

Kita sambung lagi sesi eksplorasi bumi Korea.

dari Lapangan terbang Jeju, kami terus menaiki bas dan dibawa ke Yongduam Dragon Head Rock untuk melihat batu yang dikaitkan dengan lagenda naga dengan bebolanya. Namun hari telah mulai gelap dan pergerakan kami agak terbatas untuk menuruni anak tangga yang agak licin akibat hujan yang masih turun. 
inilah batu yang dikatakan menyerupai bentuk kepala naga....batuan sepanjang laut semuanya berwarna hitam

Jalan licin..menyukarkan perjalanan
Selepas menikmati makan malam di restoran seafood berdekatan, kami dibawa ke Pine Hills Hotel di Sineom-Ri, Aewol-Eup, Jeju Island. Di sini keadaan waktu malamnya sangat tenang. Keadaannya sangat sunyi di mana sekali sekala sahaja terdengar deruan enjin kenderaan di jalan raya. Hampir tidak kelihatan manusia berjalan di bandar ini pada waktu malam.


Perkarangan hotel penginapan di Pulau Jeju



Hidangan makan malam di restoran seafood
Pada hari berikutnya 28 Mei 2013, selepas sarapan yang ringkas kami dibawa melawat Cheonjjyeon Waterfall. Semua terpaku dengan kebersihan sepanjang jalan menuju ke tapak air terjun. Tiada satu pun sampah yang ditemui kecuali daun-daun yang gugur akibat ribut pada malam sebelumnya.

Berposing dulu sebelum memulakan langkah ke air terjun

Cheonjjyeon waterfall
Destinasi seterusnya kami dibawa ke Sung–Eup, perkampungan tradisional di Jeju. Sepanjang perjalanan kami menikmati keindahan deretan pokok pine dan juga ladang-ladang yang diusahakan oleh penduduk. Di sini kami diberi penerangan tentang aktiviti dan cara hidup penduduk setempat. 

pemandangan perkampungan tradisional..bersih
sesi penerangan oleh jurucakap perkampungan dan diterjemahkan oleh Ms Kim 

Ms Kim yang sintiasa bersemangat memberikan penerangan

Berposing di pintu masuk sebuah rumah tradisional


Bersama penduduk perkampungan tradisional
Selepas itu kami bertolak ke ladang limau yang begitu luas dengan buah yang sedang ranum. Sempat juga singgah di kedai yang mengusahakan produk berasaskan limau iaitu coklat.

Berposing sebelum masuk ke ladang limau
 Kemana destinasi seterusnya?.....tunggu!!!!!!